Alhamdulillah.. pertama sekali syukur pada Allah sebab apa yang di rancangkan berjalan lancar walaupun mungkin ada kekurang disana sini... Apa pun, Sambutan tahun baru kali ni, rasanya yang paling happening.. n meletops sekali.. hehehe.. Seronok sangat.. walaupun masing2 letih tapi tetap gagah n gigih bergembira bersama-sama.. ngee.. (^_^)
Ok.. Pada petang 31 disember 09 lebih kurang dalam pukul 7, Moon, dan mars dijemput oleh uranus dan mercury di KL sentral. Dari situ kami bertolak ke KLCC, Uranus dan pacarnya balik kejap, (^_^) pada asalnya memang kami merancang untuk menonton wayang bersama tetapi tayangan pada hari itu tidak menarik, jadi kami membatalkan hasrat tersebut.. sementara menanti uranus dan abg iki kami melepak di restoran Pelita yang berhampiran.. menghilangkan dahaga, melantak, n bergosip.. keke. kami juga berbincang di mana yang paling sesuai n best sekali untuk lepak-lepak sambut tahun baru.. Kami semua sepakat untuk sambut di bukit bintang..
Selesai melepak di Pelita, kami kembali ke klcc, sementara menunggu Uranus kami sempat menonton pertunjukkan air pancut di iringi Malaysian Ochestra... Meletops, cantik sangat.. huhu~ tapi agak membosankan, jadi bila uranus n abg iki sampai je kami terus bergerak ke bukit bintang, memula si uranus ajak lepak dekat LQ, katanya free.. haha.. tapi bila dah sampai rupanya dikenakan bayaran.. so, lets go to PAVILLION babehhhhh.. cewah.. rupanya sambutan kat Pavi lagi happening, ala2 clubbing in the public, Dj memutarkan lagu-lagu clubbing, membuatkan kitorang yg memang dah lama tak comeback clubbing melayan dan melonjak, ikut sama terkinja-kinja dengan orang ramai di situ.. hahah.. memang happening sangat.. terasa macam dalam club, masing-masing menari melepaskan gian.. dah tak ingat malu dah walaupun dekat public.. kekeke.. agak rimas bila ramai menolak-nolak dan menyembur snow foam.. tapi layankan saja.. huhu~ (^_^) lagi beberapa minit sebelum pukul 12, chibimoon pun sampai dan turut sama berhibur di situ.. Tepat pukul 12, wahhhhh.. rupanya tiada pertunjukkan bunga api di Pavi, agak kecewa, tapi dapat juga tengok dari jauh bungai api yang dilancarkan dari KLCC..
Kami semua berjalan dari Pavi ke KLCC, kerana kereta diparking disana.. Sepanjang perjalanan kami sempat menggedik-gedik sesama sendiri.. kekeke. sempat ambil gambar.. yang tak boleh lupa, masa Moon dan Chibi berjalan sambil berpegang tangan dan yang selebihnya mengiringi dibelakang.. kami di jerit-jerit oleh remaja2 lelaki yg melepak di tepi jalan.. 'woooooooo..' ala-ala fashion show pula rasanya.. ngee..
Sampai di kereta, kami bertolak menuju ke Q.Bistro.. di sana kami lepak, minum dan makan.. Kemudian kami menuju ke Tasek permaisuri, melepak di sana sebentar, pada awalnya rancang untuk lepak-lepak tidur dekat sana, sementara menunggu pagi.. tapi dalam pukul 3 lebih, anggota polis datang ke situ dan mengarahkan semua yang berada di Tasek pulang dalam masa 10 minit atau dikenakan tindakan.. Wahhhhhh.. Potong stim betul la.. haha.. (^_^) Jadi, dah tiada tempat untuk di tuju, kami semua kembali ke Q.bistro.. melepak di parking kereta berhampiran sebab Q.bistro terlalu ramai orang, lagipun kami semua baru je selesai minum2 kat situ.. Walaupun masing-masing keletihan, n lepak pun kat parking kereta, tapi happening sangat.. Berborak ala-ala Pillow talk.. berkongsi pengalaman dan cerita, bergelak ketawa.. haha.. sampai la ke pagi sementara menunggu uranus yang ada sedikit hal dengan abg iki..
Uranus sampai dalam pukul 6 lebih, kemudian kami terus bertolak ke Ulu Yam.. Masa untuk menyegarkan badan!! heheh.. masing-masing tak sabar nak mandi sebab badan terasa letih dan lesu, lagipun harus la masing-masing dah melekit-lekit.. hehe. Sampai di sana selepas bersarapan pagi nasi lemak dan lontong.. Apa lagi yang di tunggu?? Jom kita mandi!! hehe. Happening sangat mandi-manda dekat sana.. Yang paling best, masa sesi bergambar.. hehe.. Meletops.. semua nak posing ala-ala Malaysian next top model katanya.. Tapi kasihan, uranus tidur keletihan..
Selepas puas mandi manda, melotong-lotong.. kekeke..Dalam pukul 11 lebih kami semua bertolak ke sebuah restoran untuk minum dan makan sebelum masing-masing bertolak pulang.. Masing-masing dah melunyai.. kepenatan sebab tak cukup tidur.. Moon, Mars, uranus, berpisah dengan mercury n the geng disitu, dan uranus menghantar moon dan mars ke ktm sentul... kami semua berpisah dan pulang.. wahhhhh.. penat.. haha.. dalam kepala teringat tilam dan bantal je.. (^_^)
Apa pun, seronok sangat menyambut tahun baru bersama-sama...Happening.. cuma Saturn je yang tak dapat join kerana sibuk dengan persiapan praktikalnya.. Semoga Tahun Baru ini akan mengeratkan lagi hubungan antara ahli sailors, dan moga kekal sampai bila-bila la hendaknya.. tanak la ada sengketa, iri hati, cemburu, atau apa-apa pun, kita semua kawan.. InsyaAllah. Semoga tahun 2010 menjanjikan yang lebih baik buat kita semua dan semoga hubungan kita semua akan kekal lama.. Amin..Go! Go! Gambatte kudasai...
Thanks pada Musz, Amy Gaga, Shyz, Az, Farid, dan Abg Iki kerana memeriahkan lagi sambutan tahun baru ni.. Muahxxxxx.. u'olls meletops.. hehe.. (^_^)V
GAMBAR KENANGAN
Sailors n the geng, Bukit Bintang.
Pavilion
Mars n Moon. Bukit bintang. Depan Mybank.Mars, Chibi n Moon, Ulu Yam.
Mars, Moon n AZ.
Pose 2
Team Sailors n Geng, Ulu Yam.
Team Sailors n Geng, Ulu Yam.
Team Sailors, (dari kiri) Mars, Moon, Mercury, ChibiMoon, n Uranus.
Team Sailors n Geng. Malaysian Next Top Model. ngee.. (^_^)
Malaysian Next Top Model.. (^_^)V keke..
Moon, Az, Farid, n MuszMoon n Az
Mars, Moon n AZ.
Pose 2
Team Sailors n Geng, Ulu Yam.
Team Sailors n Geng, Ulu Yam.
Team Sailors, (dari kiri) Mars, Moon, Mercury, ChibiMoon, n Uranus.
Team Sailors n Geng. Malaysian Next Top Model. ngee.. (^_^)
Malaysian Next Top Model.. (^_^)V keke..
Moon, Az, Farid, n MuszMoon n Az
PENULIS - SAILORMOON aka ADIE KUN.
No comments:
Post a Comment