Sunday, October 11, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya.

,
Wah.. cepatnya masa berlalu, sekarang dah masuk syawal yang ke 23.. huhu~ sebelum ni rasa malas je nak menulis kat blog.. okey.. flashback jap.. raya yg ke 3.. haha.. sailor chibimoon bertandang ke rumah sailormoon, beraya katanya.. pastu tanpa dirancang, sailorchibimoon n sailormoon keluar beraya bersama sorang member ni namanya Man.. dan 2 orang lagi yang tidak dikenali... pegi la beraya rumah member2 dorang.. pastu beraya ke rumah chibimoon di kapar dan akhir sekali bertandang ke rumah sailormars yang terletak di pelabuhan klang.. sesat jap.. haha.. tapi apa pun memang best la.. kenangan terindah wat sailors2, masa tu plak harus la sailor2 lain yg tak dpt join masih mood raya, memasing kat kg lagi katanya...
Okey, yang terbaru, semalam, sailormoon, mars, uranus, mercury bertandang ke rumah terbuka yg dianjurkan dek papa syah, (admin PR).. pada asalnya sailorsaturn nak join tapi tak jadi di saat akhir sebab hal apa tah, sailorchibimoon plak kerja sampai pukul 11 hari tu, jadi tak dapat la dia join.. Nak di jadikan cerita, pasa mulanya rancang nak pergi awal dalam pukul 3, tetiba si uranus ada kelas plak sampai pukul 5, jadi, moon dan mars yg dah sampai awal kat klang tu terpaksa la, cari tempat untuk habiskan masa, diorang abiskan masa dekat sunway pyramid, subang jaya sampai la pukul 6 lebih, sempat la makan2 kejap, perut dah lapar bangat katanya..

Pukul 6 lebih, uranus n mercury menjemput moon n mars, sebelum ke rumah terbuka papa kitorang sempat melawat chibimoon di tempat kerja yg kebetulan agak dekat la dengan rumah papa, pastu kitorang bertolak sama dengan chibimoon ke rumah papa, tapi belum sempat masuk chibimoon terpaksa balik sebab ada banyak kerja kat ofis katanya.. Sampai kat rumah papa dalam pukul 8, tengok ramai gak la tetamu, tapi kitorang sampai je dorang dah nak balik, haha.. meriah gak, lepas kitorang makan2, antara yg terhidang, sate, sambal kacang, mi goreng, mihun roti jala, dan sebagainya, datang la tetamu2 lain, rumah terbuka papa ni 'speacial' skit sebab ada taklimat tentang hiv dan aids skit dari wakil pertubuhan PT foundation, yang amik berat pasal penularan HIv n Aids ni.. huhu~ dalam pukul 9.40 malam kitorang balik, bestnya.. dapat 'goodie bag' untuk di bawa balik khas dari papa n pt foundation.. hehe.. jangan jeles.. *tetiba.. (^_^)

Malam tu dek kerana Moon dan Mars tak sempat nak balik hari, kitorang pergi 'nite life' kat bukit bintang lepas hantar mercury yang tak dapat nak 'join' sebab esoknya dia kena pergi kolej katanya, memula nak pegi bb tapi tak jadi sebab ada masalah skit dan lebur la duit rm 25 kat LQ tu.. wahhhhhh.. kitorang semua ala2 menyesal sebab malam tu tak besttt.. lagu techno je dari mula sampai abis.. owh gosh! Habis 'nite life' kitorang lepak kat tasek permaisuri, semua kepenatan, lepak tido dari mula sampai sampai la pukul 7 pagi, dan Uranus hantar Moon n Mars ke KL sentral, jadi berpisah kat situ.. n balik.. Wahhhhhhh.. tapi apa pun, best la, sebab rasa rindu keluar sama2 dengan sailors, apa pun harap persahabatan antara sailors akan kekal sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Amin.. panjang umur n murah rezki kita jumpa lagi ya! (^_^)V


GAMBAR KENANGAN.

Chibimoon di rumah SailorMoon (raya ke 3)

Moon n chibimoon

Mars n Moon di sunway pyramid sebelum ke rumah Papa.

Moon, Mars, n Uranus di rumah terbuka Papa.. (mars poyo wat2 tido) hiks.

Mercury (kanan) n Arz.. (^_^)

'Goodie Bag' dalamnya ada komik, poskad, info, n semuanya tentang penyakit
hiv @ aids @ std. selain tu kondom, pelincir, lilin comel pun dpt..
huhu.. thanks..


Penulis - Sailormoon aka Adie kun