Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Kembalinya Sailor Pluto Dalam TeamSailors.

Setelah perbincangan dibuat oleh lembaga tertinggi Sailor-Sailor, yang terdiri daripada SailorMoon, SailorMars dan SailorChibimoon di Istana Kristal Bulan Millenium, kami sepakat menerima permohonan SailorPluto aka Fier untuk kembali dalam Teamsailors bertarikh 4 April 2010 sebelum ini. Kami berbesar hati menerima Fier sebagai Sailorpluto dalam Teamsailors, tetapi mengharapkan agar peristiwa dahulu tidak akan berulang lagi, dan kami juga berharap selepas ini tiada lagi ahli kumpulan sailor yang sewenang-wenangnya keluar masuk kumpulan. Kami menerima Fier sebagai Sailorpluto kembali kerana dia merupakan salah seorang ahli terlama dan pernah bernaung dibawah majlis tertinggi sailor-sailor. Berharap dengan kembalinya Sailorpluto, teamsailors akan bertambah mantap lagi dan saling melengkapi.. Moga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila..


Tahniah buat SailorPluto, dengan ini kami menyerahkan kembali kuasa Sailor pluto, Raja Masa kepada Fier. Selamat kembali bertugas.. cewah. (^_^)




Penulis - Adie Kun aka Sailormoon