Showing posts with label Sailors. Show all posts
Showing posts with label Sailors. Show all posts

Friday, August 28, 2009

Ahli-Ahli Team Sailors.


Buat masa ni.. team sailors hanya terdiri dari 6 orang jejaka comel lagi kacak.. (heh3)..
Pada asalnya.. terdapat sorang je sailor.. yakni Sailormoon (Adie Kun).. bergerak secara solo..menentang kejahatan.. huh~ Kemudian sailormoon berjumpa dengan sailor2 yang lain dan membentuk sebuah kumpulan.. Antara Sailor2 terdahulu, yang telah tersingkir atau menarik diri... Sailor Venus (disingkirkan) Sailor Pluto dan Sailor Jupiter (Menarik diri setelah berlaku 'Sailor War').. dan selebihnya hanya sempat di calonkan tetapi tersingkir kerana tidak menepati syarat dan tidak dipersetujui lembaga tertinggi Sailors.. ngee.. Sailormoon (Adie Kun), Sailor Mars (Almi), Sailor Chibimoon (Erul) merupakan sailor yg senior, dan selebihnya masih baru lagi... (^_^)V


SailorMoon (Adie Kun)

Adie Kun, memegang watak sebagai sailormoon dalam team sailor.. Usagi Tsukino @ Puteri Serenity, pemerintah nusa bulan millenium.. Pemilik mutlak kristal perak khayalan.. hehe.. memilih watak sailormoon coz merupakan watak fav dan peminat no 1 anime sailormoon.. Seorang yang agak periang.. kadang emo dan agak moody.. heheh.. tapi baik hati.. (yela kot) kadang bleh jadi sorang yg sukar di ramal.. (^_^)V Peace For All!.. Dengan kuasa bulan cinta dan keamanan! akan terus berjuang..


SailorMars (Almi)

Almi @ Zarin Almi, memegang watak sebagai Sailor Mars.. Rei Hino @ Puteri Mars.. Pelindung Puteri Serenity, kuasa berasaskan api.. hehe.. Watak Sailormars di pilih sendiri oleh Almi coz merupakan watak fav dia.. Seorang yang agak 'lahar' @ 'laser' n mempunyai bakat dalam membalas bidasan orang.. kalo nak lawan 'melahar' cari la dia.. hehehe.. Seorang pendengar yang baik dan kawan yang baik, agak memahami...


SailorChibiMoon (Erul)

Hairul @ Erul, memegang watak sebagai Sailor ChibiMoon, Chibi usagi, anak kepada Puteri Serenity di masa hadapan.. (tapi kat luar bukan la anak si Adie kun tuh, haha2).. Pemilik krital bulan pink.. Watak ini diberikan kepada dia kerana si Erul ni kecil molek, sesuai sangat la ngan watak si Chibi usagi ni..hehe.. Merupakan seorang yang agak 'caring' dan peramah, kadang tu terlebih ramah dah.... tapi, jaga2 dengan mulut si erul aka Chibimoon ni.. haha.. terserlah 'kelaseran'nya.. Kalo bab2 laser, lahar melahar ni bagi la kat dia.. (^_^)V


SailorMercury (Amir)

Amir, memegang watak sebagai Sailor Mercury, Amy Mizuno, Puteri Mercury, merupakan pelindung kepada Sailormoon aka Puteri Serenity,. Kuasa berasaskan air, dan boleh membekukan musuh.. Watak ini telah diberikan kepada dia, atas persetujuan lembaga Sailors,. heheh.. atas alasan, Ami Mizuno pakai cermin mata, Amir pun pakai n ntah la.... hehehe.. Seorang yang agak sukar di duga, dan baik hati malah seorang yang agak tidak berkira bila melibatkan hal berkaitan kawan... (^_^)

SailorUranus (Padil)


Padil, memegang watak sebagai Sailor Uranus, Haruka Tenoh, Puteri Uranus, Merupakan Sailor sistem solar, memiliki salah satu senjata ajaib, berupa sebilah pedang, kuasa berasaskan Api dan gegaran.. Pelindung Puteri Serenity, Watak ni diberikan pada dia atas persetujuaan lembaga sailors, kerana sikapnya yang ala2 cool... seperti watak sailor uranus... Seorang yang agak pendiam, tidak banyak cakap, tetapi baik hati.. heheh.. sorang yg tidak berkira gak.. Kadang agak misteri.. (^_^)V


SailorSaturn (Fauzi)


Fauzi, memegang watak sebagai Sailor Saturn, Hotaru Tomoe, Puteri Saturn, Dewi pemusnah, pemilik sabit senyap.. Satu-satunya sailor yang mempunyai kuasa yang mampu memusnahkan sebuah planet.. dengan kuasa Death Reborn Revolution.. tapi dalam masa sama mengorbankan diri sendiri dan lahir semula.. Pelindung Puteri Serenity, Puteri penyelamat keamanan.. Watak ini telah di pilih sendiri oleh dia, dan dipersetujui oleh lembaga Sailors, coz watak ni merupakan watak fav dia.. Merupakan seorang yang agak misteri, dan seorang yang pemalu dan agak pendiam.. .. (^_^)V



Penulis - Sailormoon aka Adie Kun


Thursday, August 27, 2009

Team Sailors (Pengenalan)


Wah! Akhirnya Team Sailors dah ada blog sendiri.. huhu~ Sebenarnya dah lama dah nak buat blog, tapi asyik tertangguh je.. Jadi sekarang pape perkembangan dan aktiviti Team Sailors boleh la di abadikan dalam blog ni sebagai kenangan.. huhu~ dan semua Sailors boleh la kumpul kat sini untuk berhubung @ berinteraksi sesama sendiri. With the power of love and moon! Sailors Unite!


TEAM SAILORS


Team Sailor telah tertubuh pada 3 tahun lepas, team ni bukan la sebuah pertubuhan rasmi, kelab atau pun persatuan tapi Team sailors hanyalah merupakan sekumpulan kawan2 yang berkongsi minat yang sama.. yang serasi antara satu sama lain dan selalu keluar untuk 'window shopping'.. tengok wayang, mandi manda, clubbing, lepak2, dan sebagainya.. (wahh.. ayat agak skema.. huhu~)

Nama 'Team Sailors' diperolehi kerana kebanyakan ahlinya meminati anime 'Sailormoon' dan kami telah di'cop' sebagai ' Geng Sailor' oleh kawan2 forum ataupun clubbing sejak dulu lagi. Setiap seorang dari ahli sailor akan diberikan satu watak sailor untuk diri sendiri mengikut cerita asal anime 'Sailormoon'. Apa pun Team Sailors adalah team 'Aman'.. Kami berkumpul sebagai satu team hanyalah untuk suka2 dan keseronokan, mengisi masa lapang.. huhu~ Tiada niat bermusuh dengan sesiapa pun dan sebagainya..

Sejak 3 tahun lepas, ahli Team Sailors telah beberapa kali bertukar ganti, ada yang menyertai Team Sailors kerana berniat jahat untuk memecah belahkan sailors dan telah disingkirkan dari kumpulan, ada yang ingin menyertai tetapi tidak menepati syarat team sailors... dan baru2 ni telah berlaku ' Sailors War' dan 2 orang sailor telah menarik diri.. kemudian 3 orang sailor baru menyertai kami.. Buat masa ni, Team Sailors terdiri dari 6 orang jejaka.. (cewah).. huhu~ Pada kami jumlah tidak penting.. yang paling penting keserasian yang wujud diantara Team Sailors... Selesa bila berada didalam kumpulan dan saling menghormati... With the power of love and moon!.. Sailors unite! (^_^)


Penulis - Sailormoon aka Adie Kun