Monday, January 18, 2010

Comeback Bersama Ex Sailor.


Semenjak 'Sailor War' yang berlaku dalam bulan ogos tahun 2009, yang menyebabkan hubungan kami hampir terputus kami tidak pernah bertemu dengan ex sailor iaitu Sailor Pluto dan Sailor Jupiter. Sempena tahun baru 2010. kami, para sailor yang ada mengambil keputusan untuk melupakan yang lepas, dan tidak mahu memanjangkan persengketaan kami.. yang lepas biarlah lepas dan berlalu, buang yang keruh ambil yang jernih.. Apa pun, kami semua tetap kawan, dan biasalah.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan dalam berkawan.. pasti ada perselisihan faham berlaku...
Memang dah dirancang dari awal, ingin membuat comeback bersama ex sailor, comeback clubbing.. hahaha.. dah lama tak melotong-lotong.. (^_^) pada hari jumaat yang lepas, buat pertama kalinya dalam beberapa bulan berjumpa dengan ex sailor, pluto dan jupiter atau fier dan kay, pada mulanya agak janggal.. tapi yang tak bestnya, yang pergi hanya Moon, Mars dan Uranus bersama abg iki,.. Mercury tak dapat join kerana sebab2 tertentu, manakala Chibi, malas katanya dah taubat nak pergi clubbing.. sudehhh.. haha.. Saturn pula sibuk dengan praktikalnya... Malas nak bebel banyak2, haha.. keseluruhan, comeback kali ni agak tidak lengkap tanpa sailor2 lain.. kurang meriah.. tapi apa pun seronok dapat melotong-lotong malam itu.. hahaha.. yang penting hubungan sailor dengan ex sailor dah okey.. huhu~ penat bangat.. All out katanya.. (Moon) yang lain-lain tak tahu.. ngee.. (^_^)V

EX SAILOR


FIER EX SAILOR PLUTO



KAY EX SAILOR JUPITER.



PENULIS - SAILORMOON AKA ADIE KUN.



Wednesday, January 13, 2010

Pertunangan abang ku ...(sailor mars)

ayah aku n wakil dia..cam cite godfather lak


perbincangan isu semasa ..ala2 politik uols


rombongan cik kiah aku ..ekeke


ni ala2 pilihan raya uols ..ekeke.



5 dulang je uols ...meriah le gak ..semua made by my own
dearest mama ..love its..aku duk tengok je ..ekeke




Pada detik 09/01/2010...abang aku telah pun meminang gadis pilihan hati nya..
rasa macam kejap je dia membesar ..motif aku lak feling2 cam bapak dia ..koser..
meriah le juga event tu .walaupun aku x terlibat sgt .
ni ada lah beberapa pic2 yg aku amik masa pertunangan tu ..
harap nya dia berubah selepas ni ..menjadi insan beguna gyteww..
motif kan aku ni lahar abang sendiri










Friday, January 1, 2010

Sambutan Tahun Baru 2010.. (^_^)V




Alhamdulillah.. pertama sekali syukur pada Allah sebab apa yang di rancangkan berjalan lancar walaupun mungkin ada kekurang disana sini... Apa pun, Sambutan tahun baru kali ni, rasanya yang paling happening.. n meletops sekali.. hehehe.. Seronok sangat.. walaupun masing2 letih tapi tetap gagah n gigih bergembira bersama-sama.. ngee.. (^_^)

Ok.. Pada petang 31 disember 09 lebih kurang dalam pukul 7, Moon, dan mars dijemput oleh uranus dan mercury di KL sentral. Dari situ kami bertolak ke KLCC, Uranus dan pacarnya balik kejap, (^_^) pada asalnya memang kami merancang untuk menonton wayang bersama tetapi tayangan pada hari itu tidak menarik, jadi kami membatalkan hasrat tersebut.. sementara menanti uranus dan abg iki kami melepak di restoran Pelita yang berhampiran.. menghilangkan dahaga, melantak, n bergosip.. keke. kami juga berbincang di mana yang paling sesuai n best sekali untuk lepak-lepak sambut tahun baru.. Kami semua sepakat untuk sambut di bukit bintang..

Selesai melepak di Pelita, kami kembali ke klcc, sementara menunggu Uranus kami sempat menonton pertunjukkan air pancut di iringi Malaysian Ochestra... Meletops, cantik sangat.. huhu~ tapi agak membosankan, jadi bila uranus n abg iki sampai je kami terus bergerak ke bukit bintang, memula si uranus ajak lepak dekat LQ, katanya free.. haha.. tapi bila dah sampai rupanya dikenakan bayaran.. so, lets go to PAVILLION babehhhhh.. cewah.. rupanya sambutan kat Pavi lagi happening, ala2 clubbing in the public, Dj memutarkan lagu-lagu clubbing, membuatkan kitorang yg memang dah lama tak comeback clubbing melayan dan melonjak, ikut sama terkinja-kinja dengan orang ramai di situ.. hahah.. memang happening sangat.. terasa macam dalam club, masing-masing menari melepaskan gian.. dah tak ingat malu dah walaupun dekat public.. kekeke.. agak rimas bila ramai menolak-nolak dan menyembur snow foam.. tapi layankan saja.. huhu~ (^_^) lagi beberapa minit sebelum pukul 12, chibimoon pun sampai dan turut sama berhibur di situ.. Tepat pukul 12, wahhhhh.. rupanya tiada pertunjukkan bunga api di Pavi, agak kecewa, tapi dapat juga tengok dari jauh bungai api yang dilancarkan dari KLCC..

Kami semua berjalan dari Pavi ke KLCC, kerana kereta diparking disana.. Sepanjang perjalanan kami sempat menggedik-gedik sesama sendiri.. kekeke. sempat ambil gambar.. yang tak boleh lupa, masa Moon dan Chibi berjalan sambil berpegang tangan dan yang selebihnya mengiringi dibelakang.. kami di jerit-jerit oleh remaja2 lelaki yg melepak di tepi jalan.. 'woooooooo..' ala-ala fashion show pula rasanya.. ngee..

Sampai di kereta, kami bertolak menuju ke Q.Bistro.. di sana kami lepak, minum dan makan.. Kemudian kami menuju ke Tasek permaisuri, melepak di sana sebentar, pada awalnya rancang untuk lepak-lepak tidur dekat sana, sementara menunggu pagi.. tapi dalam pukul 3 lebih, anggota polis datang ke situ dan mengarahkan semua yang berada di Tasek pulang dalam masa 10 minit atau dikenakan tindakan.. Wahhhhhh.. Potong stim betul la.. haha.. (^_^) Jadi, dah tiada tempat untuk di tuju, kami semua kembali ke Q.bistro.. melepak di parking kereta berhampiran sebab Q.bistro terlalu ramai orang, lagipun kami semua baru je selesai minum2 kat situ.. Walaupun masing-masing keletihan, n lepak pun kat parking kereta, tapi happening sangat.. Berborak ala-ala Pillow talk.. berkongsi pengalaman dan cerita, bergelak ketawa.. haha.. sampai la ke pagi sementara menunggu uranus yang ada sedikit hal dengan abg iki..

Uranus sampai dalam pukul 6 lebih, kemudian kami terus bertolak ke Ulu Yam.. Masa untuk menyegarkan badan!! heheh.. masing-masing tak sabar nak mandi sebab badan terasa letih dan lesu, lagipun harus la masing-masing dah melekit-lekit.. hehe. Sampai di sana selepas bersarapan pagi nasi lemak dan lontong.. Apa lagi yang di tunggu?? Jom kita mandi!! hehe. Happening sangat mandi-manda dekat sana.. Yang paling best, masa sesi bergambar.. hehe.. Meletops.. semua nak posing ala-ala Malaysian next top model katanya.. Tapi kasihan, uranus tidur keletihan..

Selepas puas mandi manda, melotong-lotong.. kekeke..Dalam pukul 11 lebih kami semua bertolak ke sebuah restoran untuk minum dan makan sebelum masing-masing bertolak pulang.. Masing-masing dah melunyai.. kepenatan sebab tak cukup tidur.. Moon, Mars, uranus, berpisah dengan mercury n the geng disitu, dan uranus menghantar moon dan mars ke ktm sentul... kami semua berpisah dan pulang.. wahhhhh.. penat.. haha.. dalam kepala teringat tilam dan bantal je.. (^_^)

Apa pun, seronok sangat menyambut tahun baru bersama-sama...Happening.. cuma Saturn je yang tak dapat join kerana sibuk dengan persiapan praktikalnya.. Semoga Tahun Baru ini akan mengeratkan lagi hubungan antara ahli sailors, dan moga kekal sampai bila-bila la hendaknya.. tanak la ada sengketa, iri hati, cemburu, atau apa-apa pun, kita semua kawan.. InsyaAllah. Semoga tahun 2010 menjanjikan yang lebih baik buat kita semua dan semoga hubungan kita semua akan kekal lama.. Amin..Go! Go! Gambatte kudasai...
Thanks pada Musz, Amy Gaga, Shyz, Az, Farid, dan Abg Iki kerana memeriahkan lagi sambutan tahun baru ni.. Muahxxxxx.. u'olls meletops.. hehe.. (^_^)V



GAMBAR KENANGAN

Sailors n the geng, Bukit Bintang.
Pavilion
Bukit Bintang,
Mars n Moon. Bukit bintang. Depan Mybank.
Mars, Chibi n Moon, Ulu Yam.
Mars, Chibimoon, Moon n Mercury.
Mars, Moon n AZ.
Selepas mandi-manda, Ulu yam. Team sailors n Geng.
Pose 2
Team Sailors n Geng, Ulu Yam.
Team Sailors n Geng, Ulu Yam.
Team Sailors, (dari kiri) Mars, Moon, Mercury, ChibiMoon, n Uranus.
Team Sailors n Geng. Malaysian Next Top Model. ngee.. (^_^)
Malaysian Next Top Model.. (^_^)V keke..
Moon, Az, Farid, n MuszMoon n Az
Chibi (kanan) n Farid
Mars n Musz


PENULIS - SAILORMOON aka ADIE KUN.