Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, September 14, 2009

Shopping Raya..


Kelmarin, ahad, 14 sept 09. 4 orang sailors pegi 'shopping raya' kat 'Sunway Pyramid' Subang jaya.. yang pegi hanyalah, sailormoon, mars, mercury dan uranus, selebihnya.. Saturn dan Chibimoon ada hal masing2.. Moon, mercury n uranus bertolak sama dan jumpa ngan mars kat sunway pyramid..

kat sana kitorang usha2 butik yang ada, dan last2 beli kat 3 butik yang kitorang berkenan.. Uranus, mercury n moon memasing beli baju @ seluar kat butik Radioactiv, coz ada yg berkenan n ada rebate katanya.. huhu~ dapat la diskaun skit.. pastu uranus beli sehelai baju kat butik Shibuya, n last sekali Moon beli sehelai skinny jeans kat butik Romps.. Puas hati la gak bershopping kat sana.. cuma masing2 bajet ciput jew... jadi, shopping pun ciput la gak.... jadi la.. asal ada..huhu~

Pastu kitorang bertolak berbuka puasa kat Kg Baru, jalan jem giler.. tapi tak terasa kot.. coz moon ngan mars sibuk melotong2 kat belakang ngan bertudung bagai.. saje nak havoc2 katanya.. (padahal ada orang tu tak tahan nak 'melabor'.. ops! haha3..) n harus orang dalam keta kiri kanan pandang aksi2 kitorang.. Mars sempat amik gambar posing tak bleh blah.. hahaha.. siapa lagi photographernya... harus la si moon... kat Kg Baru singgah kat Masjid, ada orang nak melepas hajat katanya.. ngeee.. n then berbuka puasa kat restoran berhampiran.. dapat la amik pic skit.. terlupa lak nak amik pic time melotong2 shopping kat sunway.. haha.. sentap skit.. Lepas berbuka.. kitorang terus balik.. uranus hantar moon n mars ke kl sentral.. then berpisah kat situ.. Apa pun.. Best dapat shopping raya sama2 ngan sailors... Happening.. harus ada sesi charotan 'walaupun tgh puasa' hahaha.. Harapan, moga Raya tahun ni memberikan keberkatan kepada sailors2 semua dan mengeratkan lagi silaturrahim. InsyaAllah.. Amin... Go! Go! Caiyo! GAmbatte Kudasai.. With the power of love and moon.. Sailors Unite!! (^_^)

moon sempat berposing kat sunway.. (dalam tandas pun jadi la) sipi2 tu si uranus.. ngee..

PhotoGediks si mars, masa dalam perjalanan ke Kg. Baru.. keless.. ngee..

mercury sebelum berbuka.. lu pesal beb! *tetiba.. hiks.

Menu berbuka, nasi ayam n nasi campur jew.. huhu~

PhotoGediks, mercury n uranus seblum berbuka.. huhu~

Mars n Moon .. ala2 gerhana bulan jew.. huhu~




Penulis - Sailormoon aka Adie Kun


Monday, August 31, 2009

Sailors Berbuka Bersama...


Sabtu yg lepas 29 Ogos, kitorang semua berbuka puasa bersama2. Sebenarnya memang dah rancang dari awal, walaupun rasanya tak begitu lancar tapi tu semua perkara biasa, kita hanya mampu merancang n Allah yg tentukan segalanya... apa pun ianya tetap menjadi sesuatu yang akan di kenang sampai bila2...


Moon, Mars, dan Saturn berjumpa di klang dan pergi ke padang jawa, shah alam, di sana kitorang di jemput oleh mercury dan uranus, dan kemudian pergi berjumpa dengan chibimoon, dan 'Papa and the Geng'.. Pada asalnya ingin berbuka di luar tetapi team sailors telah di jemput oleh 'Papa Syah' (admin PR) untuk berbuka puasa bersama2.

Kitorang membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan Seksyen 13, S.A... dan berbuka puasa dia rumah member Papa Syah.. Di Seksyen 8.. Seronok berbuka bersama, keadaan agak meriah dan riuh rendah... Wah.. yang penting semua sailors berkumpul aritu.. Selepas berbuka, Moon, Mars dan Saturn pergi Solat Terawih di masjid berhampiran.. Alhamdulillah dapat gak terawih.. Sailors selebihnya tetiba 'uzur' dan (not in the mood nak join kitorang katanya).. hehehehe..

Lepas balik terawih, chibimoon mengajak moon dan mars mengadakan sesi 'charotan n laharan' (Padahal baru balik terawih nih..haha..) Kemudian malam tu Saturn terpaksa balik kerana sebab2 tertentu.. (Sentap skit coz terlupa n tak sempat nak bergambar ramai2 ngan saturn..'semua sailors') Ini merupakan kali pertama Saturn jumpa sailors lain n join coz dia ahli sailor yang baru...

Malam tu kitorang di ajak dek Papa Syah pergi ke 'Downtown' cheras.. Lepak makan 'Steamboat' kat sana.. Sempat gak usha tasik and lepak2 kejap... Akhirnya kitorang bersahur di Kg. Baru, Kl... n balik semula ke rumah Papa Syah dan berpisah ngan Mercury dan Uranus kat Kg. Baru tu... Moon, Mars, n Chibimoon lepak tidur rumah member Papa Syah tu, balik dalam pukul 2 lebih.. Sempat ambil gambar, tapi sikit je.. Takpe la .. yang penting ada gak gambar kenangan.. haha.. Apa pun seronok dapat 'Hang Out' bersama.. coz dah lama tak jumpa.. n harapan pasni dapat la berkumpul macam ni lagi.. Harap persahabatan antara sailors akan kekal sampai bila2.. InsyaAllah.. Amin.. With the power of love and moon.. Sailors Unite!!

Dari kiri, Moon, Mars, Uranus, Chibimoon selepas berbuka.

Dari kiri, Mercury, Moon, Mars, Uranus, Chibimoon lepas berbuka.

Dari kiri, Mars, Uranus, Moon semasa bersahur di Kg Baru.

Dari Kiri, Musz, Mars, Moon, Uranus, Chibimoon n Mercury selepas bersahur.


P/S - Time kasih Papa coz ajak kitorang berbuka sama2 and what so ever ek.. time kasih gak wat tuan rumah yang sudi menaja tempat tinggal.. heheh.. (^_^)V


Penulis - Sailormoon aka Adie Kun