Thursday, August 27, 2009

Team Sailors (Pengenalan)


Wah! Akhirnya Team Sailors dah ada blog sendiri.. huhu~ Sebenarnya dah lama dah nak buat blog, tapi asyik tertangguh je.. Jadi sekarang pape perkembangan dan aktiviti Team Sailors boleh la di abadikan dalam blog ni sebagai kenangan.. huhu~ dan semua Sailors boleh la kumpul kat sini untuk berhubung @ berinteraksi sesama sendiri. With the power of love and moon! Sailors Unite!


TEAM SAILORS


Team Sailor telah tertubuh pada 3 tahun lepas, team ni bukan la sebuah pertubuhan rasmi, kelab atau pun persatuan tapi Team sailors hanyalah merupakan sekumpulan kawan2 yang berkongsi minat yang sama.. yang serasi antara satu sama lain dan selalu keluar untuk 'window shopping'.. tengok wayang, mandi manda, clubbing, lepak2, dan sebagainya.. (wahh.. ayat agak skema.. huhu~)

Nama 'Team Sailors' diperolehi kerana kebanyakan ahlinya meminati anime 'Sailormoon' dan kami telah di'cop' sebagai ' Geng Sailor' oleh kawan2 forum ataupun clubbing sejak dulu lagi. Setiap seorang dari ahli sailor akan diberikan satu watak sailor untuk diri sendiri mengikut cerita asal anime 'Sailormoon'. Apa pun Team Sailors adalah team 'Aman'.. Kami berkumpul sebagai satu team hanyalah untuk suka2 dan keseronokan, mengisi masa lapang.. huhu~ Tiada niat bermusuh dengan sesiapa pun dan sebagainya..

Sejak 3 tahun lepas, ahli Team Sailors telah beberapa kali bertukar ganti, ada yang menyertai Team Sailors kerana berniat jahat untuk memecah belahkan sailors dan telah disingkirkan dari kumpulan, ada yang ingin menyertai tetapi tidak menepati syarat team sailors... dan baru2 ni telah berlaku ' Sailors War' dan 2 orang sailor telah menarik diri.. kemudian 3 orang sailor baru menyertai kami.. Buat masa ni, Team Sailors terdiri dari 6 orang jejaka.. (cewah).. huhu~ Pada kami jumlah tidak penting.. yang paling penting keserasian yang wujud diantara Team Sailors... Selesa bila berada didalam kumpulan dan saling menghormati... With the power of love and moon!.. Sailors unite! (^_^)


Penulis - Sailormoon aka Adie Kun


No comments: