Tuesday, April 27, 2010

Trip ke Pulau Pangkor. (^_^)

jalOkey, Intro sikit, Pada asalnya plan untuk ke pangkor ini dibuat oleh abg damia n team di PR (Planet Romeo) tapi saat-saat akhir abg damia membatalkan plan dia, jadi, dengan gigihnya fier aka pluto yang memang nak join trip ke pangkor ingin meneruskan juga plan tersebut.. Dia telah mengajak semua sailor-sailor untuk sama-sama menyertainya bercuti ke pangkor, di pendekkan cerita.. Sailor-sailor yang dapat turut serta bercuti ke pangkor adalah SailorMoon, Mars, chibimoon.. Selebihnya mercury, uranus dan saturn tidak dapat turut serta kerana sebab-sebab tertentu.. owh goshhh.. kalo semua ada mesti lagi meriahkan.. hahah.. (^_^) Trip ke Pangkor, di sertai oleh 6 orang, terdiri dari 4 orang sailor, pluto, moon, mars, n chibimoon.. dan disertai oleh dua orang abang-abang.. hehe.. abg isaac dan abg joe..

Sabtu lepas, 24 April 2010, Bertolak dari rumah abg isaac, lebih kurang dalam pukul 8, sampai di rumah moon dalam pukul 9 lebih.. kemudian bertolak dari rumah moon ke Lekir, Perak, iaitu rumah Pak Ngah kepada SailorPluto... sebelum sampai ke destinasi iaitu rumah Pak Ngah si Pluto sempat bergambar di tepi bendang.. haha.. meletops.. Sampai ke destinasi, iaitu rumah Pak Ngah si Pluto, kami di hantar oleh Pak Ngahnya ke Lumut iaitu terminal jeti untuk ke Pulau Pangkor setelah di saji dengan minuman dan jeruk.. hehe.. ada orang tu melahap jeruk tak ingat dunia.. hiks..

Sampai lumut lebih kurang dalam pukul 2 lebih kot.. tempah hotel, mula-mula plan nak menginap di chalet Purnama, sebab sesuai dengan teamsailors.. hehe.. tapi penuh.. jadi kami di syorkan untuk menginap di chalet Mizam.. sewa sebuah bilik rm 90 ringgit satu malam, kami menyewa 2 bilik. Bertolak dari jeti ke pulau pangkor, masa perjalanan memang terasa singkat sebab kami semua sibuk bergambar dari mula bertolak sehinggalah sampai ke jeti pulau pangkor.. hahah.. seronok sangat masa tu.. Menyewa van, dan sampai ke teluk nipah, kami terpaksa berjalan kaki untuk ke Mizam resort.. owh my goshh.. Mizam resort merupakan challet yang paling hujung sekali, terpaksa berjalan sedikit untuk sampai disana.. Selepas membayar sewa yang selebihnya, kami berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti.

Aktiviti kami bermula selepas makan tengah hari, (padahal makan lewat dalam pukul 3..hehe)
balik ke challet, bersiap, dan lebih kurang dalam pukul 4 kami ke pantai.. Yahoo!! Berkubang n Melegam time.. hehe.. Pada mulanya Pluto, mengajak untuk mencuba Banana Bot, tapi abang yang menyediakan perkhidmatan tersebut mengesyorkan kami, untuk menaiki banana bot atau snorkling.. Selepas berbincang, kami sepakat untuk melakukan aktiviti Snorkling.. (Sorry Pluto, suara majoriti. hehe..) Kami di bawa oleh bot laju ke sebuah pulau untuk aktiviti snorkling, owh my goshhhhhh.. seronoknya naik bot tu.. melotong-lotong sangat.. hahaha.. sampai ke pulau tersebut kami ber'snorkling' lebih kurang satu setengah jam. Ini adalah pengalaman kali pertama kami, seronok sangat, menyelam sambil melihat ikan berenang-renang di depan mata. indahnya alam... owh my, sempat bergambar dengan gembiranya... lepas semua dah melunyai, pukul 6 petang kami di jemput untuk kembali ke tempat asal.. Mars jatuh terjelepuk semasa bot berhenti dipersisiran pantai.. hehe..

Akitiviti pada waktu malam, makan-makan, dan membeli cenderhati untuk di bawa pulang.. Waktu malam tak banyak aktiviti boleh dibuat, lagipun tak sewa kereta, jadi kami berehat di dalam bilik masing-masing. ke esokkan paginya selepas sarapan, kami bertolak ke jeti pangkor dalam pukul 12 tengah hari.. dalam perjalanan ke Lumut kami di usik oleh segerombolan jantan tak sedar diri.. ops.. sabar je la.. hahaha.. Sampai di Lumut sementara menunggu Pak Ngah pluto sampai, kami jalan-jalan sebentar melihat pameran TLDM, dan membeli ole-ole untuk famili..

Berehat di rumah Pak Ngah si Pluto, sampai la lebih kurang pukul 5 lebih.. Terima kasih pada Pak Ngah dan Mak Ngah si Pluto sebab menyajikan makan tengah hari kami dengan masakan Nasi ayam, Laksa dan tak lupa juga jeruk yang menjadi kegilaan si Chibimoon dan abg isaac.. heheh.. ops.. (padahal moon pun melahap gak) .. Aktiviti masa rehat, tengok gambar-gambar yang di ambil, tengok tv, bergosip.. hehe.. si Pluto sedap tidur dalam bilik.. (nak drive la katakan..) sebelum bertolak balik, sekali lagi kami disajikan dengan minum petang, laksa, pisang goreng, dan teh.. wahhhh.. kenyang perut.. rezeki jangan di tolak.. huhu~ Destinasi terakhir, rumah famili angkat abg isaac di Teluk Intan, sekali lagi disana kami disajikan dengan makan malam.. kali ini makan nasi dan lauk, biskut-biskut.. erm.. sedap.. Perut pun dah kenyang, malam pun dah semakin gelap, lebih kurang dalam pukul 9 malam kami bertolak pulang dari rumah famili angkat abg isaac.. Masing-masing dah melunyai... Apa pun alhamdulillah.. semua selamat sampai ke rumah masing-masing.. thanks to Pluto sebab bertahan drive.. hehe..

Apa pun, bagi Moon.. Trip ke Pulau Pangkor ni memang best, bukan sebab apa, sebab dapat bersama dengan sailor-sailor lain.. Kalau bersama-sama, benda yang tak best pun boleh jadi best.. Seronok sangat.. Meriah, Gembira, bergelak ketawa, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman.. Gosip? i know u like gosips.. hehe.. owh goshhhhhhhhhhhhh.. Bila nak berpisah tu rasa sedih pula.. erm.. apa pun, moga lepas ini dapat pergi bercuti bersama lagi, yang paling penting sekali, trip ke pulau pangkor ini, merupakan sebuah trip yang berjaya merapatkan lagi hubungan persahabatan di antara sailor-sailor.. InsyaAllah.. With The Power of Love and Moon.. Sailors Unite.. (^_^)V


penulis - Sailormoon aka Adie Kun.


GAMBAR KENANGAN


Semasa otw ke rumah Pak Cik, Pluto, tepi bendang.




Semasa otw ke pulau pangkor, atas ferry.





Semasa Aktiviti Snorkling.



otw balik ke Lumut.




Di Lumut dan Rumah Pak Cik Pluto.





2 comments:

Afzainizam said...

Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua”
~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

bestnya ko berjimba- jimba lain kali boleh ikut lah... ye.... best tu tempatnya.... happy-happy nampaknya korang ye.... jelous aku ko tak bawak aku sekali...

teamsailors said...

afzan - nanti ada masa.. leh la join. no hal la.. hehehe

(^_^)

Adie Kun @ Sailormoon..