Thursday, December 3, 2009

Private Party.

Sa
Sabtu yang lepas, Chibi mengajak Moon dan Mars ke sebuah 'Private Party' atas jemputan seseorang yang rapat dengan Chibi.. Thanks for invitation, Chibi.. Party itu di adakan pada sebelah malam, jadi kami bertiga sempat berjalan-jalan dan window shopping di
Time Square, KL. huhu~ (^_^) Memang seronok sangat bila berkumpul, wahhh.. dah lama tak jumpa Chibi sebab dia selalu sibuk dengan kerja. Jadi masa yang ada kami gunakan sebaiknya.. Tapi Sorry sangat sebab lewat sampai.. haha.. tak sengaja.. (^_^)??

Semasa berada di TS sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan, tapi tidak dapat mengambil gambar di dalam 'private party' tersebut kerana camera, atau pun hp dilarang untuk di bawa masuk atas sebab-sebab tertentu, dan terpaksa ditinggalkan disebuah tempat khas yang telah di sediakan.. (*_*) Apa pun memang best sangat pada hari itu, meriah dengan gelak ketawa dan gurau senda.. Penuh dengan keriangan, Haha.. Happening.. cuma bila nak balik dan berpisah tu, agak sedih.. huhu~

Aha, sebelum terlupa, kebetulan pada 27 November yang lepas merupakan hari lahir Sailor ChibiMoon aka Erul yang ke 23,.hehe... (^_^)V di kesempatan ini ingin mengucapkan..


Selamat Hari Lahir Chibi aka Erul,
Moga panjang umur dan dimurahkan rezki,
diberikan kesihatan yang baik, Hajat dan impian dimakbulkan,
Sentiasa mendapat keberkatan dari Allah,
dan gembira selalu disamping orang yg tersayang..
InsyaAllah..
Amin..




GAMBAR KENANGAN.




Penulis - Sailormoon aka Adie Kun




Wednesday, November 11, 2009

biodata aku'SAILOR MARS'




NAME: REI@PRINCE OF FIRE @ZARIN ALMI@MARS
D.O.B: 27/09/1986
SIGN: LIBRA
HEIGHT:168CM
WEIGHT:44KGS
AGE:23 YRS
OCCUPATION:CLERK@PELINDUNG SAILOR MOON
HOBI:MAIN GAME ,WATCH MOVIES,LEPAK2 TASEK,N A LOT MORE STATUS:SINGLE MINGLE JINGLE
HOME:PORT KLANG @ MOON

TAG LINE IDUP: LIVE UR LIFE TO THE FULLEST





Thursday, November 5, 2009

Berhujung Minggu Bersama.



Sabtu yg lepas kami smua berhujung minggu bersama2... semua sailors kecuali sailorchibimoon, sebab aritu dia keje.. hari bermula agak 'emosional'.. coz, dalam perjalanan ke destinasi, KLCC.. train yg kitorang nak naik (moon dan mars), mengalami 'delay' selama lebih kureng 30 minit padahal kitorang telah menunggu lebih satu jam kat situ (Klang).. ditambah lagi bila dah naik train.. ramai orang, plak tu asyik terberhenti tengah jalan n rosak... lama plak tuh.. berdiri dalam train tu kat 2 jam.... dah la sesak ngan orang, macam sardin.. owh goshh.. tension n stress sgt masa tuh.. di tambah lagi kawan mars yg dah lama sampai kat KLCC tu pun naik meroyan tunggu kitorang, tapi tak leh nak salahkan kitorang coz biasa la naik 'public transport'.. Owh goshh..


Sampai kat KLCC.. kitorang tunggu saturn n uranus yang dalam perjalanan ke sana.. makan jap kat KFC.. pastu, seblum tgk wayang tu kitorang selesaikan masalah ngan member mars yang dah meroyan coz kitorang lambat.. n semuanya okey balik coz salah faham kan.. biasa la orang tgh tension.. rase nak marah jew..

Beli la tiket, tengok citer 'JENNIFER'S BODY' owh my goshhhhhhhhhhh!! citer ni betul2 menguji kesabaran.. bertambah2 tension dibuatnya.. memang filem ni stok filem 'Tong Sampah!' tak best lansung.. memang mood yang tengah tak baik ni bertambah tak baik.. tapi tak pe la.. demi kawan2 sailors.. gagahkan diri gak.. lepas menonton citer yang tah pape tu.. kitorang pergi la ke PAVILION.. kebetulan sailormoon nak berjumpa dengan seseorang.. lepas dah lepak2, n amik pic skit kat Pavi tu kitorang blah.. hantar kawan mars ke umahnya dan amik sailormercury untuk ke destinasi selanjutnya..

KOLAM AIR PANAS.. di Selayang.. kat sana kitorang mandi2 la berlima.. moon, mars, mercury, uranus n saturn.. hehe.. fuhhhhh.. seronok berendam.. kat sini ilang skit letih kat badan, rase segar dapat mandi air panas yang semulajadi.. so, rase tension n stress pun kureng la.. lepas dah mandi2 kat sana.. pegi menghantar saturn balik ke cheras.. n then kitorang terus menuju ke restoran HAJRIS.. minum2 n mengisi perut yang dah kelaparan.. sambil tu lepak2 la kejap tengok aksi2 orang ramai menonton bola.. ramai gak orang malam tuh.. lepas dah lepak kat sana.. kitorang terus pergi ke Tasik permaisuri, cam biasa lepak2 kejap.. pastu masing2 keletihan.. n tido sampai la lebih kurang pukul 7 pagi.. uranus menghantar moon n mars ke kl sentral.. dan kitorang semua berpisah di situ..

Apa pun.. adat la dalam berkawan kan.. ada sentap2.. kecik ati bagai.. tapi apa pun.. kadang benda tu membuatkan kita lebih mengenali antara satu sama lain..n membuatkan perhubungan lebih rapat.. yelakan.. harap hubungan persahabatan antara sailors kekal sampai bebila.. tak kira la sesentap mana.. krisis dan sebagainya.. kawan tetap kawan.. akhir kata..With the power of love n moon.. Sailors unite..

GAMBAR KENANGAN.





Penulis = SailorMoon aka Adie Kun


Sunday, October 11, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya.

,
Wah.. cepatnya masa berlalu, sekarang dah masuk syawal yang ke 23.. huhu~ sebelum ni rasa malas je nak menulis kat blog.. okey.. flashback jap.. raya yg ke 3.. haha.. sailor chibimoon bertandang ke rumah sailormoon, beraya katanya.. pastu tanpa dirancang, sailorchibimoon n sailormoon keluar beraya bersama sorang member ni namanya Man.. dan 2 orang lagi yang tidak dikenali... pegi la beraya rumah member2 dorang.. pastu beraya ke rumah chibimoon di kapar dan akhir sekali bertandang ke rumah sailormars yang terletak di pelabuhan klang.. sesat jap.. haha.. tapi apa pun memang best la.. kenangan terindah wat sailors2, masa tu plak harus la sailor2 lain yg tak dpt join masih mood raya, memasing kat kg lagi katanya...
Okey, yang terbaru, semalam, sailormoon, mars, uranus, mercury bertandang ke rumah terbuka yg dianjurkan dek papa syah, (admin PR).. pada asalnya sailorsaturn nak join tapi tak jadi di saat akhir sebab hal apa tah, sailorchibimoon plak kerja sampai pukul 11 hari tu, jadi tak dapat la dia join.. Nak di jadikan cerita, pasa mulanya rancang nak pergi awal dalam pukul 3, tetiba si uranus ada kelas plak sampai pukul 5, jadi, moon dan mars yg dah sampai awal kat klang tu terpaksa la, cari tempat untuk habiskan masa, diorang abiskan masa dekat sunway pyramid, subang jaya sampai la pukul 6 lebih, sempat la makan2 kejap, perut dah lapar bangat katanya..

Pukul 6 lebih, uranus n mercury menjemput moon n mars, sebelum ke rumah terbuka papa kitorang sempat melawat chibimoon di tempat kerja yg kebetulan agak dekat la dengan rumah papa, pastu kitorang bertolak sama dengan chibimoon ke rumah papa, tapi belum sempat masuk chibimoon terpaksa balik sebab ada banyak kerja kat ofis katanya.. Sampai kat rumah papa dalam pukul 8, tengok ramai gak la tetamu, tapi kitorang sampai je dorang dah nak balik, haha.. meriah gak, lepas kitorang makan2, antara yg terhidang, sate, sambal kacang, mi goreng, mihun roti jala, dan sebagainya, datang la tetamu2 lain, rumah terbuka papa ni 'speacial' skit sebab ada taklimat tentang hiv dan aids skit dari wakil pertubuhan PT foundation, yang amik berat pasal penularan HIv n Aids ni.. huhu~ dalam pukul 9.40 malam kitorang balik, bestnya.. dapat 'goodie bag' untuk di bawa balik khas dari papa n pt foundation.. hehe.. jangan jeles.. *tetiba.. (^_^)

Malam tu dek kerana Moon dan Mars tak sempat nak balik hari, kitorang pergi 'nite life' kat bukit bintang lepas hantar mercury yang tak dapat nak 'join' sebab esoknya dia kena pergi kolej katanya, memula nak pegi bb tapi tak jadi sebab ada masalah skit dan lebur la duit rm 25 kat LQ tu.. wahhhhhh.. kitorang semua ala2 menyesal sebab malam tu tak besttt.. lagu techno je dari mula sampai abis.. owh gosh! Habis 'nite life' kitorang lepak kat tasek permaisuri, semua kepenatan, lepak tido dari mula sampai sampai la pukul 7 pagi, dan Uranus hantar Moon n Mars ke KL sentral, jadi berpisah kat situ.. n balik.. Wahhhhhhh.. tapi apa pun, best la, sebab rasa rindu keluar sama2 dengan sailors, apa pun harap persahabatan antara sailors akan kekal sampai bila-bila.. InsyaAllah.. Amin.. panjang umur n murah rezki kita jumpa lagi ya! (^_^)V


GAMBAR KENANGAN.

Chibimoon di rumah SailorMoon (raya ke 3)

Moon n chibimoon

Mars n Moon di sunway pyramid sebelum ke rumah Papa.

Moon, Mars, n Uranus di rumah terbuka Papa.. (mars poyo wat2 tido) hiks.

Mercury (kanan) n Arz.. (^_^)

'Goodie Bag' dalamnya ada komik, poskad, info, n semuanya tentang penyakit
hiv @ aids @ std. selain tu kondom, pelincir, lilin comel pun dpt..
huhu.. thanks..


Penulis - Sailormoon aka Adie kun



Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


Di kesempatan ini.. Team sailors ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
KEPADA SEMUA YANG MENGENALI KAMI..
HARAP SEGALA KETERLANJURAN, DAN SALAH SILAP SELAMA BERKENALAN DI MAAFKAN..
SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI YG MULIA INI..



Penulis - Sailormoon aka Adie kun

Monday, September 14, 2009

Shopping Raya..


Kelmarin, ahad, 14 sept 09. 4 orang sailors pegi 'shopping raya' kat 'Sunway Pyramid' Subang jaya.. yang pegi hanyalah, sailormoon, mars, mercury dan uranus, selebihnya.. Saturn dan Chibimoon ada hal masing2.. Moon, mercury n uranus bertolak sama dan jumpa ngan mars kat sunway pyramid..

kat sana kitorang usha2 butik yang ada, dan last2 beli kat 3 butik yang kitorang berkenan.. Uranus, mercury n moon memasing beli baju @ seluar kat butik Radioactiv, coz ada yg berkenan n ada rebate katanya.. huhu~ dapat la diskaun skit.. pastu uranus beli sehelai baju kat butik Shibuya, n last sekali Moon beli sehelai skinny jeans kat butik Romps.. Puas hati la gak bershopping kat sana.. cuma masing2 bajet ciput jew... jadi, shopping pun ciput la gak.... jadi la.. asal ada..huhu~

Pastu kitorang bertolak berbuka puasa kat Kg Baru, jalan jem giler.. tapi tak terasa kot.. coz moon ngan mars sibuk melotong2 kat belakang ngan bertudung bagai.. saje nak havoc2 katanya.. (padahal ada orang tu tak tahan nak 'melabor'.. ops! haha3..) n harus orang dalam keta kiri kanan pandang aksi2 kitorang.. Mars sempat amik gambar posing tak bleh blah.. hahaha.. siapa lagi photographernya... harus la si moon... kat Kg Baru singgah kat Masjid, ada orang nak melepas hajat katanya.. ngeee.. n then berbuka puasa kat restoran berhampiran.. dapat la amik pic skit.. terlupa lak nak amik pic time melotong2 shopping kat sunway.. haha.. sentap skit.. Lepas berbuka.. kitorang terus balik.. uranus hantar moon n mars ke kl sentral.. then berpisah kat situ.. Apa pun.. Best dapat shopping raya sama2 ngan sailors... Happening.. harus ada sesi charotan 'walaupun tgh puasa' hahaha.. Harapan, moga Raya tahun ni memberikan keberkatan kepada sailors2 semua dan mengeratkan lagi silaturrahim. InsyaAllah.. Amin... Go! Go! Caiyo! GAmbatte Kudasai.. With the power of love and moon.. Sailors Unite!! (^_^)

moon sempat berposing kat sunway.. (dalam tandas pun jadi la) sipi2 tu si uranus.. ngee..

PhotoGediks si mars, masa dalam perjalanan ke Kg. Baru.. keless.. ngee..

mercury sebelum berbuka.. lu pesal beb! *tetiba.. hiks.

Menu berbuka, nasi ayam n nasi campur jew.. huhu~

PhotoGediks, mercury n uranus seblum berbuka.. huhu~

Mars n Moon .. ala2 gerhana bulan jew.. huhu~




Penulis - Sailormoon aka Adie Kun


Saturday, September 5, 2009

Team Sailor, 'BERSIH'.


Buat pengetahuan semua.. Team sailors ni adalah team yang 'bersih'..
maksudnya.. ahli Team Sailors bebas dari pengaruh 'dadah'.. bebas dari pengaruh 'alkohol'.. atau tak minum minuman keras.. bebas dari ajaran sesat.. semestinya hehe.. InsyaAllah harap dijauhi dari semua tu.. n semua ni pun merupakan salah satu syarat untuk 'join' Team Sailors.. coz walaupun tujuan kitorang kumpul sesama untuk seronok2 n release tension n what so ever.. tapi kitorang masih ada batasan dalam kehidupan bersosial.. tanak terlalu hanyut sangat.. Merokok tu masih okey lagi.. tapi tak semua Team Sailors merokok.. sebilangannya je.. with the power of love and moon.. sailors unite.. (^_^)V



Penulis - Sailormoon aka Adie Kun